Tuesday, December 25, 2007

Setulus setia….

Alhamdulillah, rafiqah itu masih mampu membuahkan lagi hasil congak, tambah tolak dalam akal pemikirannya kepada penulisan yang tak seberapa. Meskipun dalam kesempitan masa menguruskan sebuah kehidupan dikala para sahabat ada yang beristirehat dan merasai keboringan cuti yang agak panjang, dia sempat menghabiskan masa yang seciput untuk udara menembusi epidermis2 kulit…dengan 3 buah karya yang semuanya rata2 berbaur kisah cinta. Rafiqah itu ingin bercinta lgikah?

Tidak! Bukan itu yang dicari. Namun, nilai2 islam yang ingin dipelajari dari karya2 yang terpilih itu untuk menjadi tatapan di hari muka. Dan buat pengetahuan semua, di setiap karya yang dibelek, rafiqah menemui kekhilafannya…dan semoga dia mendapat apa yang dicari.

Karya pertama- Relevankah Aku dihati dari Rynsa.

Persahabatan lama yang akhirnya membuahkan rasa cinta di antara dua hati walaupun mereka bukan dari 2 darjat yang sama. Tapi keserasian dalam matlamat hidup untuk mencari redha Illahi. Masing- masing mengharapkan setiap dari diri mereka dapat memperbaiki antara satu sama lain. Dan hakikat yang ingin rafiqah petik dr novel ini kisah seorang gadis yang dipandang rendah oleh seseorang yang pada pandangan gadis itu agak lebih dari segi ilmu agamanya. Khilafnya si gadis pada pandangan hamba Allah itu lantaran si gadis memakai tudung bawal tiga segi, bersama jeans dan raincoat(scene di jepun) dan bukanlah pada lazimnya bertudung labuh seperti yang wanita- wanita yang menjadi pilihan pemuda beriman. Si gadis sebenarnya antara sukarelawan yang terlibat dalam proses dakwah di Jepun bagi pelajar2 M’sia. Mungkin hamba Allah itu menyangka si gadis masih di takuk yang sama sejak mereka kenal di bangku sekolah dulu, sedangkan hakikatnya si gadis itu sentiasa dalam usaha untuk mengubah kehidupannya kepada yang lebey sempurna.

Rafiqah tidak ingin mengulas lanjut kisah cinta dan hidup watak2 dalam karya ini. Cuma, di sini, rafiqah tertarik kepada petikan pembuka ayat yang ditulis oleh si gadis itu buat sahabat baiknya…

Buat Carl Duke Adam yang baik,

Kehadiran dirimu bak mentari yang menyinar……..

……………..

Dari Nurul Akasyah yang manis.

Rafiqah itu meminjam kata2 pembuka tersebut dan dia mengguna pada seseorang tanpa dia sedari sebenarnya kata2 sebegitupon tidak wajar antara lelaki dan perempuan sehinggalah rafiqah itu beralih ke karya kedua…..

Setulus Setia Seindah Nama

p/s: rafiqah ingin meminta maaf kepada orang yg telah mendapat msg ini yg terdapat pembuka kata2nya sebegitu…kerana ………

I will continue after this in my coming posts..;)

Friday, December 14, 2007

suatu malam....di pasar malam

br je sayer menapak pulang dr tapak pasar malam yg letaknya tak sampai 100 meter dr rumah. dalam kesamaran malam, ttb my big siS bisik sumething kat my telinga...;)
"cuber tgk pakcik tu, kesian dier..."

pandangan dihala kepada satu susuk tubuh yg sedang terhincut2 berjalan menggunakn tongkat, menuju ke sebuah motor yg telah diubahsuai utk kemudahan dirinya. sayer merenung pada kelibatnya, dan yakin pakcik itu tak menyedari dier sedang diperhatikan.
'ak patut bersyukur dgn yg Allah bg pd diri aku...dgn ape yang ader skrg nie..tak perlu mengharapkan yang berlebihan....-hati kecil ini berbisik..ak kagum dgn semangat yg dimiliki pakcik itu.
menjual bawang putih n merah yang sudah siap dipack. kalo nak dikira bukan byk mana untung yg bakal diperoleh memandangkan bawang2 itu dijual dgn harga RM 1 satu plastik. dah la bwang tgh mahal sekarang nie...pakcik tu pulak jual dgn harga murah...-_-"

sayer tak dpt nak perhati lama pakcik tu, sbb ttb jek 2 of old friends menyapa ak...dan akhirnya pakcik itu ilang dr pandangan.....
sepanjang jalan pulang, sayer terpk tentang keadaannya. bukan tak pernah jumpa org yg kurang upaya, malah lebih lagi dr pakcik itu. tp, memandangkan dgn keadaan skrg, membuat hati sayer jd sayu seketika...

ya Allah,
ak bersyukur dgn rahmatMU yang tak pernah putus2....
masukkan ak dalam golongan hambamu yg sentiasa bersyukur...
ampunkan dosaku selama ni, yang sentiasa mengharapkan kesempurnaan,
terlalu memilih dan pentingkan diri
semoga rahmat dan kasih sayangmu sentiasa ader utk ak....aamin

Thursday, December 13, 2007

utk suker2 sahaja...

CASABLANCA- bertie higgins



I fell in love with you watching Casablanca
Back row of the drive in show in the flickering light
Popcorn and cokes beneath the stars became champagne and caviar
Making love on a long hot summers night

I thought you fell in love with me watching Casablance
Holding hands 'neath the paddle fans in Rick's Candle lit cafe
Hiding in the shadows from the spies. Moroccan moonlight in your eyes
Making magic at the movies in my old chevrolet

Oh! A kiss is still a kiss in Casablanca
But a kiss is not a kiss without your sigh
Please come back to me in Casablanca
I love you more and more each day as time goes by

I guess there're many broken hearts in Casablanca
You know I've never really been there. so, I don't know
I guess our love story will never be seen on the big wide silver screen
But it hurt just as bad when I had to watch you go

Oh! A kiss is still a kiss in Casablanca
But a kiss is not a kiss without your sigh
Please come back to me in Casablanca
I love you more and more each day as time goes by
Oh! A kiss is still a kiss in Casablanca
But a kiss is not a kiss without your sigh

Please come back to me in Casablanca
I love you more and more each day as time goes by
I love you more and more each day as time goes by


lagu ni mmg ak suker...azreen la yg 'introduce'kan.;P
tp, x de makne ape2 pon, just suker2...lgpon ak adalah salah seorg pengumpul lagu2 lama..OLDIes
lagu kuat2 yg pekik kat telinga, mnta ampun laaa, sayer x berminat..huhu
jiwa sentimental gak la ++ ropol2...heheh~

skrg, ak tgh cr 1 lagu..
lagu lama yg jd lagu tema iklan cat mende ntah...ish, katne nak cr lagu mcm tu...;(

Friday, November 02, 2007

lelah....

jgn sesekali berasa utk give up, mana ader dlm dunia istilah belajar itu senang....
memang lelah, tp, apa salahnya jika semua itu adalah utk mmbuatkan orang yang kiter sayang tersenyum. melihat senyuman itu pasti mampu menghilangkan rasa lelah ini. insyaAllah...

Saturday, October 27, 2007

EXAM....is coming

assalamualaikum

lama rasanya saya tidak menjenguk ke sini, apatah lagi utk mencoret sepatah kata- kata, bingkisan hati dan luahan perasaan...maafkan diri ini. Kesibukan di kala exam bakal menjengah, membuatkan diri ini semakin tiada masa untuk melayani sst yang adakalanya menjadi kegemaran.;)

Entah kenapa kali ini, perasaan kerap kali tidak stabil. yer, saya masih dalam pencarian. mencari di mana2 kesilapan di sepanjang jalan yang lalu???? andainya saya membuatkan sahabat tidak puas hati dan mengganggu ketenteraman diri sesiapa, maafkan lah saya. saya manusia biasa, punyai kekurangan yang perlu diperbaiki.kesilapan yang perlu diperbetulkan serta teguran yang membina.;P

keinsafan meresap di hati sejak kebelakangan ini. merasakan diri semakin lalai dari Dia, astagfirullah.kenapa kah sebegini tindakan saya??? tidak mahu sekali-kali hati ini menjadi hitam atau keras, sukar ditembusi Nur serta HidayahNya, kerana itulah impian yang dicari. Tuhanku, diri ini sangat lemah, meragui kemampuan diri, memperjudikan keinginan serta memusnahkan harapan. tidak patut saya memperlakukan sebegitu, kerana itu bukan lah diri saya yang sebenar, it's must be the other side of me!!!

Peperiksaan bakal menjelma, hati masih dalam kekusutan, jiwa terumbang- ambing. saya perlu merawat keadaan diri yang sebegini supaya roh yang benar-benar milik jasad ini kembali kepada Kekasihnya. memikirkan situasi sebegini, hati dirundung sayu.SEDIH~
sempatkah rawatan ini ? bila terasa kesunyian dan ketakutan yang teramat, selalu saya bisikkan pada hati...Dia ada, menemani di setiap liku2 perjalanan. tidak nampak Dia??? lihatlah langit biru yang tinggi entah kemana berakhir, pohon-pohon hijau serta titisan hujan yang turun menyejukkan suasana...itulah bukti Dia ada. setiap nafas yang dihela adalah miliknya jua.segalanya bukan kepunyaan kita.ingat~~~~~

tiada sesiapa yang dapat membangkitkan kita, kecuali Dia, Maha A'azim...Hebat sungguh Dia.sebab itu di sini saya ingin memohon maaf seandainya saya tiada berlaku adil pada sesiapa yang ada terasa. jgnlah minta diri ini dari diri ini sendiri, tp mohonlah pada Pemiliknya. saya tak mampu menerima, sebaliknya berlalu meninggalkan keadaan.diharapkan agar rahmat Dia ada bersama- sama mereka. hati dan jiwa saya milik Dia jua....eventhough i have nothing and i'm not belong to anyone but ACTUALLY
i'm never alone!because i have Him...
i have landed in a great place fully with love...
insyaAllah

selamat menempuh peperiksaan kepada semua sahabat.....moga kejayaan milik kiter.aamin


Sunday, September 23, 2007

Mencari....`



"mengharap senang dalam berjuang.... bagai merindui bulan di tgh siang...."










oh Tuhanku,

sedetik hati ini berkata...
hati ini terasa sgt sunyi,
melewati batas2 waktu yang bersisa...
mungkin ada hikmah yang tak terurai lg...
dan aku merasakan ia sunyi...
dan setiap kali dahi ini sujud menyentuh lantai marmar yg terhampar indah.
kedinginan batu itu meresap ke jiwa sehening kasih itukah yang dicari?


oh Tuhan,

jalan yang kulalui penuh ranjau,
penuh sedih,
penuh dugaan,
namun,
aku masih mampu tersenyum kerana ak tahu,
Tuhanku telah menjanjikan yg terbaik buatku...

Tuhanku,
pada Ramadhan kali ini,
hati ini kusut,
pabila menghadap pelajaran di depan mata,
Kau tenangkanlah ia,
semoga aku mampu menggapai bintang yang kucari kerna ak yakin,
sinarnya tetap ada...


pesanan buat diri...
sayer ingin berubah..memperbaiki diri utk menjd yg terbaik kepada diri sendiri. biar Ramadhan kali ini menjdi sebuah permulaan, saya tidak mahu berubah menjadi orang lain dan kerana org lain, tp saya mahu berubah kerana saya perlu ber'hijrah'...insyaAllah, smg saya berjaya..doakan saya~

p/s: kembali meneruskan FLUID....;)

Sunday, September 16, 2007

Ramadhan, seindah nama

Assalamualaikum wbt....


Pertama- tama kalinya, rafatkanlah rasa syukur buatmu Si Pencipta Yang Maha Agung,
memberikan sekali lagi kesempatan untukku bangkit dari sebuah lena itu. Merungkai sebuah mimpi yang kadang kala indah, nyata penuh fantasi.

Bangkit lagi pagi ini, menyesali sebuah kesilapan semalam yg telah terpalit pada dinding hati. Ingin ditanggalkan bersama seribu satu kesalan yang bermain- main di minda.
Oh Tuhan, ampunkanlah aku...(-_-)''

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...
4 ramadhan, 4 hari ia melewati kita...semoga hadirnya kali ini, menyusur sirna yang tak mungkin padam buat kaum muslimin muslimat sekalian. Kicauan burung menyanyikan satu irama yang entah apa maksudnya, mungkin mereka bertasbih memuji kebesaran Tuhan di kala kita ummat manusia masih leka dibuai lena..astagfirullah~

Pastinya Ramadhan kali ini membawa seribu satu keindahan untuk saya. Pada entri kali ini ditulis, mak baru sahaja menelefon, mengkhabarkan satu berita gembira...."My Big Sis in labour room! MasyaAllah, Kau selamatkan dia, satu- satunya saudara kembar yang saya ada, penguat hati di kala ia lemah."
Untukmu Kekanda, mungkin saya tidak lagi merasai bagaimana sakitnya dirimu di kala ini. Namun, ingatlah Allah sentiasa ada buatmu...doaku sentiasa mengiringimu...sepangjang masa.InsyaAllah

Ramadhan,
setiap tahun dalam hidupku datang membawa bahagia, tahun- tahun sudah. Yang telah belalu, biarkan ia pergi bersama memori yang Allah pinjamkan. Ramadhan kali ini bakal mewarnai hidup...semoga hati ini terus mampu merasai hikmahnya Bulan ini....

RAMADHAN ALKARIM....
ALLAHUAKBAR!!!!

Friday, September 14, 2007

2 Dekad Berlalu















alhamdulillah, waktu yg ku tunggu tiba jua, Allah bg kesempatan utk merasai usia yg semakin bertambah...walaupon, blog ini sayer tulis bukan pada tarikh itu, tp, saya mahukan ianya terakam dlm bait2 penulisan sebegini.

bila usia itu menjengah,
ku rasakan nafasku makin singkat,
Tuhan berikan aku hidayah,
utk melarik makna sebuah hakikat,
putaran hidup yang begitu cepat,
dan kadang-kadang aku giat.


2 dekad,
hidup yang ada sampai bila?
persimpangan mana aku berada?
bergunakah waktu lalu,
terisi dengan apa?
apa yang kubawa bersama?
kapan tiba ajalku?

2 dekad,
bukan masa yg biasa,
banyak air mata yg kualirkan,
mungkin sudah tiba ia di muara,
atau seberang selat,

terpikir aku pada pengembaraan yang bersisa,
mugkinkah air itu terus menyimbah,
pada dugaan yang Maha Hebat?
perlu aku utk terus tega
agar
perjalanan yang bersisa bisa kulangkah ke akhirnya



Terima kasih kpd sahabat2 yang mengingati ulang tahun ini, bisa membuatkan saya terharu.
Buat Nadia, terima kasih utk Kek Indulgence Secret Recipe tu...best, cool~
mampu buat saya tersenyum ;)
Ruzanna, terharu dengan nyanyian itu,
Azreen, Fikri, Izat dan Usop~~ terima kasih utk hadiah dan ingatan kalian
Rabani, kite wat result experiment EMt ya lgi....
Syafiq Latif, terima ksh tnda ingatan walaupon 3 tahun berlalu, moga dirimu dlm rahmat Ilahi selalu. aamin
dan Big Sis,
hadiah teristimewa, telekung bersulam indah(koko+krim)my feveret kaler, mungkin Ramadhan ini,
akan saya guna untuk ke masjid ;)
dan kotak kaler pink tu+birthday card yg ader kucing comey+choclate...so sweet dear~

May Allah bless u FOREVER.....



Tuesday, September 04, 2007

kegagalan...sebuah perjuangan

sayer baru abis test...FLUID
satu hari kepala saya pusing sbb xdpt nk pk dgn betul, myb sbb byk sgt perkara nak wat dlm satu masa.
2 asgmnt kena submit, viva utk experimnt yg perlu dibaca, test yg perlu dijawab....
sgt penat...
nak kater saya seorang yg stdy last minute, rasanye tak kot ;)
ntah la, sem ni agak buzy+hectic+pack!!!!
subject plak agak killer. "ya Allah, bantulah ak mnghadapinyer"

air mata br sahaja kering.air mata sebuah kegagalan yg awal. mugkin bg org len, OK jek.simple jek. bukan x ley jawab...cumer part tu jek yg prob~
tp, bg saya, once saya dah stop kat situ, kompen balik bilik pasni pasti ader yg akan 'berhujan'
dgn kata lain, itulah erti air mata dalam hidup...
menangis jika kecewa dgn kelemahan diri, sbb x dpt nak jwab sln yg senang!
i'm behave like a 6 yrs old girl, sedangkan dlm beberapa hari lg, 20 tahun bakal menjelma!!!;)
owh....*sigh~~

kegagalan, itulah erti sebuah perjuangan. mmg kadang kala kita di atas, dan akan tiba waktu kita merasa ditindas.adillah hidup yg Allah ciptakan. ada manusia dianugerahkan kecantikan paras rupa, dan ada yg dikurniakan akal yg bijak dan hebat, dan sebenarnya semua tu Allah telah tetapkan.
org seperti saya, mmg memenatkan.semua perkara mesti dia yg juara, mengapalh begini???
masih ingat, zaman sekolah dl, ape2 sahaja pertandingan yg saya ikuti, mest pulang dgn hadiah.itu seolah2 satu kewajiban. mak dan ayah sedia maklum...
begitulah kerasnya anak bongsu ini..lagi keras dr batu agaknya!
dan sebenarnya, di sebabkan sebuah kegagalan utk stdy di UK, saya belot dr sebuah cita2 murni sejak kecil...
DOKTOR. tawaran dr india saya pandang sepi, seolah2 tidak membawa erti langsung. bogkaknyer diri ini di saat itu...astagfirullah~
dan disinilah saya bertapak- MECHANICAL ENG. STUDENT, UTP

kegagalan tidak pernah berakhir, dan sebenarnye, dr kegagalanlah sayer terus bangkit dan berjuang.
sudah banyak air mata yg gugur...kerana pelajaran. dan alhamdulillah, byk juga kejayaan dicapai.
kedudukan hari ini bukan yg layak bg saya, lantaran menyebabkan saya lalai & alpa dgn diri sendiri!!!
mungkin kegagalan hari ini, adalh ujian Allah. mampukah saya mengdapainya????

wahai hati, jgn la dikau berpurus asa dr rahmat IIahi, terukan perjuangan ini...;)

Saturday, September 01, 2007

Jangan Berputus asa dari Rahmat Allah....

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yg baik dan perbuatan yg jahat. Tolaklah (kejahatan yg ditujukan kpdmu) dgn cara yg lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka org yg menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dgn serta merta akan menjadi seolah- olah seorang sahabat karib."(Q.S Fusshilat: 34)

walaupun kehidupan sekarang smakin mencabar, menguji kesabaran, dan yg pasti setiap hari saya terpaka berdepan dgn pelajaran yg agak mencabar daya pemikiran...langkah ini perlu diteruskan...tidak mampu berlari, merangkak pon tidak mengapa, asal tidak terus kaku dan hanya melihat org lain berlari melintasi kita.

kata mak" kejayaan bukan senang utk dicapai, tp yg pasti apabila kita berjaya kelak, hasilnya sgt manis...dan pasti setiap pengorbanan yg kita lakukan ini menjadi satu kenangan"

namun, hati saya terdetik, kenapa dan mengapa pasti ada yg tak kena??? kenapa ader org yg tidak menyenangi kita? bukan kita kacau hidup mrk pon. kenapa ya wujudnya segelintir manusia sebegini? kadangkala ingin sahaja saya menangis, tp sebenanyer menangis itu bukan jalan penyelesaian yg terbaik.=)
tp, bila saya fikir dgn logik akalnya, sebenarnya; mende2 sebeginilah yg menjd trigger utk saya memacu usaha...kalau ia tidak berlaku, saya x mungkin berada di tahap ini.
itulah, sesungguhnya Allah MAha Pengasih...di saat org lain membuang kita jauh dr hidup mrk, Allah tetap ada di sisi!!!

"Jangan lah kamu hiraukan gangguan mrk dan bertawakkallah kepada Allah, Dan cukuplah Allah sbg Pelindung."(Q.S, al-Ahzab : 48)

wahai hati,
teruskanlah mengingati Penciptamu....spy engkau tidak leka dan lalai~

Friday, August 31, 2007

pasti da sirnanya

alhamdulillah,
Segala rase syukur kusembahkan buat Dia, Tuhan sekalian alam...
yg Maha Mengetahui setiap hati2 milik manusia, hati yg pilu, sedih, kecewa jua yg sedang merasai kebahagiaan.
bagaimana gundah hati milik insan ini, Dia juga mengetahuinya...
Maha Suci Mu Ya Allah

tiada air mata kali ini, kebalkah saya? itu pertanyaan utk diri sendiri. mungkin hati ini keras, tidak ampuh utk diretakkan oleh sebuah kehilangan, mungkin...segalanya mungkin. buat ape perlu dibazirkan air mata tatkala ianya merugikan diri & memenatkan?
wahai diri, sabarlah dikau menghadapi semua ini. mmg perit, dan segala rase yg tidak enak wujud. namun, ketahuilah Tuhan itu Maha Mengetahui semuanya...
mengapa diri ini masih mampu bertahan sehingga hari ini, tanpa ader rase ingin memberontak?
sebab saya tau dan saya sedar bahawa Allah sentiasa ader bersama saya.
Allah memberi sayer petunjuk, memakbulkan doa saya selama ini, dan akhirnya saya tersedar dr sebuah lena yg panjang.

sekali lg, rase syukur ini dipanjatkan buat Dia jua, lantaran menyelamatkan saya dr sst yg patut saye jauhi.
alhamdulillah, amanat ibu dan ayah masih lagi erat dlm genggaman saya, di naungi tembok yang sekian lama dibina. hati manusia perlu diuji, supaya mereka sedar utk wujudkan rasa redha dgn ketentuan ya Rabb...
ujian sebeginilah yg mematangkan hidup. dan bagi saya, ini adalah sebahagian dr catatan dalam pengembaraan sebuah kehidupan. Pengembaraan yg masih jauh perlu saya teruskan!

kehadiran seorang saudara menguatkan hati ini tatkala yg sedang gusar. Kiter telah berkongsi rahim dan meskipun bukan pada suatu masa yg sama, saya yakin pastinya dirimu lebih memahami apa yang tersirat...
awak menyedarkan saya bahawa nawaitu hati perlu betul, dan sekaligus perlu hapuskan rasa tidak puas hati.

aayang: alahamdulillah, ada lg yg lebey baik utk awak
kah: insyaAllah. amanat mak ayah terjager
aayang: doa kaklong pon termakbul...
kah: doa? kenapa?
aayang: setiap masa kaklong doa...agar adik kaklong sorang ni jd lebih baik dr kaklong
sejak awak baby lagi
kah: terharu nya, hehe

--->kali ini, air mata yg saya tahan selama ini gugur perlahan- lahan. nasib bek rumet xde.=)

oh Tuhan,
betapa ak menhargai setiap kurniaanMU...ampunkan dosa hati ini
dan utkmu wahai hati;
damailah dikau dengan rahmat dan kasih sayang Illahi, insyaAllah

Saturday, March 24, 2007

impian, keinginan, antara cinta & cita2....


Ayah pernah berkata....
"Satu masa nnt,senja akan datang...
pulanglah ke rumah sebelum waktu itu.."
maksud tersirat yg tak mampu sayer terjemah

senja akan muncul,
sebagai tirai sebelum sketsa malam bermula,
di situ cerita baru akan dimainkan...

antara cinta, cita2...
impian dan keinginan hati
semua menjadi satu yg ingin saya cari
mencari cinta umpama mencari berlian di tgh taburan kaca jua kristal,
keindahan sirnanya bergemerlapan
mengikat hati utk menyentuhnya
memiliki dan menjadikan perhiasan peribadi,
tp...
pencarian itu belum berakhir
mugkin dier telah kutemui...
mungkin jua tidak...
ingin sekali dier ketahui
bahawa sebaris namanya
bakal dan sentiasa mngisi doaku saban waktu
penguatku di waktu ak tersungkur bersama debu tanah
pasti tngan itu akan memapahku menuju ke arah impianku
tp...
demimu ibu dan ayah,
pencarian cinta itu masih tergantung
sprt taman tergantung Babylon
demimu,
sekeping hati ku bawa berlari
jauh melalui jalanan sepi


cita-cita....
yg tak pernah padam
akan kuatkah kaki yg melangkah
bila disapa duri menanti
jalan yg pasti ku kulalui
tak kan sunyi
bantulah ak YA ALLAH
kini terbina sebuah menara
menjulang ke langit....
menyentuh bintang yg bertaburan
singgahsana yg setiasa bersinar di malam yg gelita
itulah cita2, impian dan keinginan hati kecil...

for my dear bestfriend~


Selamat hari lahir

Saya tak pernah lupa kehadiran tarikh ni setiap tahun, wpon di saat tu saya sgt sibuk dgn mende2 laen.
10 march~ selamat menyambut ulang tahun kelahiranmu yg ke 20!!!
Mungkin sekarang, tak seperti dulu.tentulah, kita dipisahkan dek usia dan jarak yg semakin meningkat…

Raja,
Kadangkala kita terlupa ada org yg sentiasa mengingati kita di hati mereka.
Sentiasa menjdkan kata2 kiter sbg pembakar semangat utk dier terus berusaha.
Dan paling penting sentiasa mendoakan kesejahteraan buat kita.
Kerap kali kita merasakan dier terlupa utk mengucapkan nya,
Tp,
Sebenarnye…
Ingatan dier utk kiter tak pnh luput….


Raja,
Sahabat yg saya kenal, sentiasa bersama dan berkongsi zaman remaja…
5 tahun kita menjadi sahabat, bukan satu tempoh masa yg sekejap,
Pastinya bila kite berbicara mengenai kenangan,
sumernya tak terlakar dan terluah,
Biarkan ia terabadi dlm lipatan sejarah yg indah…

Perasaan serba salah wujud dalam hati kecl saya sbb saya tak mampu utk mengucapkan “ selamat hari lahir” buat teman ini…
Dalam keadaan yang tak berapa stabil sebegini, sumanya sukar. Tp, saya tetap mengingati dier walau di mana saya berada..
Dia byk mngajar saya tentang bagaimana menjadi sahabat. Dan pastinya saya tak mampu mencari sahabat seperti nya…mungkin ada, tapi mereka tetap berbeza.
Kerana setiap org Allah jdkan dgn keunikan tersendiri.

Mungkin dier adalah org yang mngajar saya utk berbicara melalui pena dan kertas.
Ya, dialah pemula segalanya…sehinnga kini,
saya tidak pandai utk berbicara mengenai soal hati dan perasaan…
menyatakan sst yg terkilan di hati secara “directly”
saya masih ingat dier pnh cakap n marahkan saya…
katanyer saya sorg yg tidak pandai menunjukkan perasaan sayang yg wujud…
sehingga dier kerap kali menyalah tafsirkan…
“raja, ak masih tidak berubah..ak tetap seperti tkah yg kau pernah kenal suatu ketika dulu,
Sehingga ramai yang menyalah tafsirkan niatku”

Ingat lagi tak kau pernah ckp, wpon ak manja,namun ak tetap anak bongsu yg bersifat cekal dan tabah…ak tetap tenang..berbeza dgn kau, wpon ko bersifat berdikari, tapi ko tetap anak sulung yng gelisah dan kalut. Kau tidak tenang…
Kau juga ckp ak adalah berjiwa seni …berjiwa fantasi dan berjiwa memahami..
Dan ni last ayat yg kau bg dlm surat terakhir sebelum kita balik after SPM…
“then, wujudkan kasih sayang utk org lain &
ko mengharapkan kiter akan berjumpa di LONDON BRIDGE, tp wktu tu adalah hari terakhir ko kat UK…”

Sahabat,
Semestinya ko tertanya2 kenapa ak membangkitkan semula cerita2 lame yg sepatutnya kite tutup kemas2 dlm lipatan kenangan…
Ak mahu ko tau bahawa, ak tidak pernah lupa dan sentiasa mendoakan kejayaan buat ko.

Sahabat,
Ak tau ape yg ko alami meskipon ko tidak lagi bercerita
Ak tau kegelisahan kau, tapi
Ak tidak perlu bertnya sbb ak tak nak ak terus menjadikan kau semakin kecewa..

Kau jangan sedih…
Sbb kita kena ingat Allah bukan tidak mahu memakbulkan doa kita,
Tp dalam kita tidak sedar,sebenanrnya
DIA telah menyusun sesuatu yg lebih elok buat masa hadapan kita…
Ak pon sedih dan kecewa sbb kawan2 meninggalkan ak…
Mereka telah terbang jauh ke sana
Tapi ak masih di sini, bersama cita2 yg tak pasti,
Namun, ak nak ko tau
Dan kau mmg kenal ak sejak dl lg…
Keinginan itulah yg menjadikan ak sanggup bangun di awal pagi…
Wpon sejak sekolah ak bukan org yg “stay up” or bngun stdy awal pg…
Ak adalah org yg suka tidur awal n bangun paling lambat….
Keinginan itu yang membalut tubuhku dari kedinginan pagi

Raja,
Kita pernah menganyam cita2 utk pergi ke sana
Dan ak akan terus dgn cita2 kita,
Ak tak nak ko patah hati…
Sbb ak tau sejak dulu sampai sekarang,
Kau yg sentiasa membangkitkan semangat utk ak belajar….
Kau mesti kuat…
Dan ak yakin dgn kemampuan yg kau ada sbb
Ak telah mengenali ko 5 tahun….

U can do it dear!!!

Selamat hari lahir~



p/s; really miss u~

Saturday, March 10, 2007

h3artT for iSLAM

~ Opening Heart for ISlam~



~~discover the splendours of islam "UTp 2007"



~with my d3ar fri3nds~


~malu telah menjadi pakaian bagi setiap insan dan perisai setiap muslim
~"jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang kau mahu..."
(H.R IMAM BUKHARI)

Friday, March 09, 2007

life is so blur.....


dear mylif3...

saya suke pd dunia penulisan...
itu adalah dunia saya..
nape saya suker?sbb di situ saya boleh karangkan apa2 shj yg terlintas..
saya suka seni,
saya suka lukisan n saya sukakan keindahan yang abadi...
( i noe e'body feel the same way like i'm~ keindahan

saya suka sst yg wangi...
saya rasa seronok bila bilik saya kemas,
dan bila nak tidur, suasana tu adalah wangi....
mgkin mende ni diwarisi dr ayah...
yup, definitely it is!!!!
sejak usia yg semakin bertambah, saya mula terpk akan sst...
tentang erti sebuah kehidupan
~~


1~apa yg perlu saya buat bila ader org mengguris hati saya?

2~apa yg saya perlu tahu sebelum menyukai ssorg...

3~apa keinginan saya yg sebenanrnye?

4~apa impian saya yg semakin jauh saya tinggalkan

5~saya lalai ke skrg?

6~bila saya nak berubah?

7~siapa kawan saya?
8~siapa yg teristimewa?



mcm2 sln yg wujud...
dan pastinya saya akan sedar bila langkah yg diatur semakin jauh dr yg sepatutnya...

oh kawan,

saya br je dpt tau sudah ader org yg salah fhm dgn salam persahabatan yg saya hulurkan.
ni bukan kali pertama,
malah kdg2 saya rase mende begini selalu terjad...=[

hurm, kecewa jugak la hati nie....
mgkin btol kata ssorg saya terlalu baik...
(bukan puji diri sendiri nie)....i'm telling da truth dear..


napa yer manusia mudah menyalah tafsirkan kebaikan yg kita bg?
bukankah Rasulullah sgt baik dgn umatnya?
Rasulullah tak pernah benci kpd ummatnya wpon mrk selalu jek tak ikut sunnah yg ditinggalkan...
salahkah saya utk berbuat baik kepada mrk2 yg telah bergelar sahabat?


saya sayangkan sahabat saya...
wpon ada antara mrk yg membuatkan hati terguris...
saya kecewa dan ade yang meninggalkan saya di waktu saya tgh dlm kesusahan...
btol gak kata ayah..."manusia ni pelbagai ragam"

tp, wpon mereka begitu, saya tetap praktikkan apa yg ayah didik saya sejak kecil, sejak saya masih terlalu mentah utk mngetahui sebuah hidup yg bakal saya tempuh..

biarkan mereka...Allah ada utk menilai kita, berbuat baiklah dgn sesiapa sahaja...
pasti hidupmu bahagia...
ayah, anakmu sudah mula mengerti erti hidup yg kau cuba ajar sejak dl!!!

bercinta? ye, mungkin perkara begini la di usia remaja....
sekali lagi sayer tertanyer kenapa bila saya baik dan rapat dgn ssrg, pandangan mrk selalu jauh dr apa yg saya pk..
teman, tolong la, saya tak nak ulang perkara yg sama dlm hidup nie...
menyatakan perkara yg sama tp pd org yg berbeza....
biarlah yg lepas menjd pengajaran, spy saya tdak patah kerana ssorg...
sebaliknya meneruskan langkah yg bersisa....
ke arah impian yg selalu menjadi pembakar semangat~



dear mylif3,


baru2 nie mak saya sakit,
sakit yg mnyebabkan air mata saya gugur bila saya lap n basahkan rambut dier.
sakit yg membuatkan mata saya mampu bertahan utk melihat dier tidur dengan selesa...
sakit yg mampu buat saya rase betapa saya perlu gtau kwn2 "hargailah ibu" selagi dier msih ader utk kiter...
dan betapa saya rasa saya akan menghargai setiap nasihat dier selama ini...
dan menybabkan saya rase saya perlu jd anak yg terbaek utk mak saya...
sebelum saya menjd teman terbaek kepada ssorg...
suatu masa nanti yg saya tak ketahui bila...~

wpon mak sakit, hidup perlu diteruskan..
itu kata2 ayah sbg penguat semangat.
saya tahu ayah kesunyiaan di rumah tanpa mak.
takpe ayah, kejap lagi saya akan pulang menemani ayah....
dan insyaAllah, mak pon akan kembali bersama kita...=]


byk lagi yg ingin saya coretkan di sini....insyaAllah....