assalamualaikum
lama rasanya saya tidak menjenguk ke sini, apatah lagi utk mencoret sepatah kata- kata, bingkisan hati dan luahan perasaan...maafkan diri ini. Kesibukan di kala exam bakal menjengah, membuatkan diri ini semakin tiada masa untuk melayani sst yang adakalanya menjadi kegemaran.;)
Entah kenapa kali ini, perasaan kerap kali tidak stabil. yer, saya masih dalam pencarian. mencari di mana2 kesilapan di sepanjang jalan yang lalu???? andainya saya membuatkan sahabat tidak puas hati dan mengganggu ketenteraman diri sesiapa, maafkan lah saya. saya manusia biasa, punyai kekurangan yang perlu diperbaiki.kesilapan yang perlu diperbetulkan serta teguran yang membina.;P
keinsafan meresap di hati sejak kebelakangan ini. merasakan diri semakin lalai dari Dia, astagfirullah.kenapa kah sebegini tindakan saya??? tidak mahu sekali-kali hati ini menjadi hitam atau keras, sukar ditembusi Nur serta HidayahNya, kerana itulah impian yang dicari. Tuhanku, diri ini sangat lemah, meragui kemampuan diri, memperjudikan keinginan serta memusnahkan harapan. tidak patut saya memperlakukan sebegitu, kerana itu bukan lah diri saya yang sebenar, it's must be the other side of me!!!
Peperiksaan bakal menjelma, hati masih dalam kekusutan, jiwa terumbang- ambing. saya perlu merawat keadaan diri yang sebegini supaya roh yang benar-benar milik jasad ini kembali kepada Kekasihnya. memikirkan situasi sebegini, hati dirundung sayu.SEDIH~
sempatkah rawatan ini ? bila terasa kesunyian dan ketakutan yang teramat, selalu saya bisikkan pada hati...Dia ada, menemani di setiap liku2 perjalanan. tidak nampak Dia??? lihatlah langit biru yang tinggi entah kemana berakhir, pohon-pohon hijau serta titisan hujan yang turun menyejukkan suasana...itulah bukti Dia ada. setiap nafas yang dihela adalah miliknya jua.segalanya bukan kepunyaan kita.ingat~~~~~
tiada sesiapa yang dapat membangkitkan kita, kecuali Dia, Maha A'azim...Hebat sungguh Dia.sebab itu di sini saya ingin memohon maaf seandainya saya tiada berlaku adil pada sesiapa yang ada terasa. jgnlah minta diri ini dari diri ini sendiri, tp mohonlah pada Pemiliknya. saya tak mampu menerima, sebaliknya berlalu meninggalkan keadaan.diharapkan agar rahmat Dia ada bersama- sama mereka. hati dan jiwa saya milik Dia jua....eventhough i have nothing and i'm not belong to anyone but ACTUALLY
i'm never alone!because i have Him...
i have landed in a great place fully with love...
insyaAllah
selamat menempuh peperiksaan kepada semua sahabat.....moga kejayaan milik kiter.aamin
No comments:
Post a Comment