Friday, August 31, 2007

pasti da sirnanya

alhamdulillah,
Segala rase syukur kusembahkan buat Dia, Tuhan sekalian alam...
yg Maha Mengetahui setiap hati2 milik manusia, hati yg pilu, sedih, kecewa jua yg sedang merasai kebahagiaan.
bagaimana gundah hati milik insan ini, Dia juga mengetahuinya...
Maha Suci Mu Ya Allah

tiada air mata kali ini, kebalkah saya? itu pertanyaan utk diri sendiri. mungkin hati ini keras, tidak ampuh utk diretakkan oleh sebuah kehilangan, mungkin...segalanya mungkin. buat ape perlu dibazirkan air mata tatkala ianya merugikan diri & memenatkan?
wahai diri, sabarlah dikau menghadapi semua ini. mmg perit, dan segala rase yg tidak enak wujud. namun, ketahuilah Tuhan itu Maha Mengetahui semuanya...
mengapa diri ini masih mampu bertahan sehingga hari ini, tanpa ader rase ingin memberontak?
sebab saya tau dan saya sedar bahawa Allah sentiasa ader bersama saya.
Allah memberi sayer petunjuk, memakbulkan doa saya selama ini, dan akhirnya saya tersedar dr sebuah lena yg panjang.

sekali lg, rase syukur ini dipanjatkan buat Dia jua, lantaran menyelamatkan saya dr sst yg patut saye jauhi.
alhamdulillah, amanat ibu dan ayah masih lagi erat dlm genggaman saya, di naungi tembok yang sekian lama dibina. hati manusia perlu diuji, supaya mereka sedar utk wujudkan rasa redha dgn ketentuan ya Rabb...
ujian sebeginilah yg mematangkan hidup. dan bagi saya, ini adalah sebahagian dr catatan dalam pengembaraan sebuah kehidupan. Pengembaraan yg masih jauh perlu saya teruskan!

kehadiran seorang saudara menguatkan hati ini tatkala yg sedang gusar. Kiter telah berkongsi rahim dan meskipun bukan pada suatu masa yg sama, saya yakin pastinya dirimu lebih memahami apa yang tersirat...
awak menyedarkan saya bahawa nawaitu hati perlu betul, dan sekaligus perlu hapuskan rasa tidak puas hati.

aayang: alahamdulillah, ada lg yg lebey baik utk awak
kah: insyaAllah. amanat mak ayah terjager
aayang: doa kaklong pon termakbul...
kah: doa? kenapa?
aayang: setiap masa kaklong doa...agar adik kaklong sorang ni jd lebih baik dr kaklong
sejak awak baby lagi
kah: terharu nya, hehe

--->kali ini, air mata yg saya tahan selama ini gugur perlahan- lahan. nasib bek rumet xde.=)

oh Tuhan,
betapa ak menhargai setiap kurniaanMU...ampunkan dosa hati ini
dan utkmu wahai hati;
damailah dikau dengan rahmat dan kasih sayang Illahi, insyaAllah