Saturday, September 01, 2007

Jangan Berputus asa dari Rahmat Allah....

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yg baik dan perbuatan yg jahat. Tolaklah (kejahatan yg ditujukan kpdmu) dgn cara yg lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka org yg menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dgn serta merta akan menjadi seolah- olah seorang sahabat karib."(Q.S Fusshilat: 34)

walaupun kehidupan sekarang smakin mencabar, menguji kesabaran, dan yg pasti setiap hari saya terpaka berdepan dgn pelajaran yg agak mencabar daya pemikiran...langkah ini perlu diteruskan...tidak mampu berlari, merangkak pon tidak mengapa, asal tidak terus kaku dan hanya melihat org lain berlari melintasi kita.

kata mak" kejayaan bukan senang utk dicapai, tp yg pasti apabila kita berjaya kelak, hasilnya sgt manis...dan pasti setiap pengorbanan yg kita lakukan ini menjadi satu kenangan"

namun, hati saya terdetik, kenapa dan mengapa pasti ada yg tak kena??? kenapa ader org yg tidak menyenangi kita? bukan kita kacau hidup mrk pon. kenapa ya wujudnya segelintir manusia sebegini? kadangkala ingin sahaja saya menangis, tp sebenanyer menangis itu bukan jalan penyelesaian yg terbaik.=)
tp, bila saya fikir dgn logik akalnya, sebenarnya; mende2 sebeginilah yg menjd trigger utk saya memacu usaha...kalau ia tidak berlaku, saya x mungkin berada di tahap ini.
itulah, sesungguhnya Allah MAha Pengasih...di saat org lain membuang kita jauh dr hidup mrk, Allah tetap ada di sisi!!!

"Jangan lah kamu hiraukan gangguan mrk dan bertawakkallah kepada Allah, Dan cukuplah Allah sbg Pelindung."(Q.S, al-Ahzab : 48)

wahai hati,
teruskanlah mengingati Penciptamu....spy engkau tidak leka dan lalai~

1 comment:

  1. jangan pernah berputus asa dari rahmat Tuhan kerana putus asa itu satu tanda kekufuran..

    semoga terus tabah dik..:)

    ReplyDelete