Tuesday, December 25, 2007

Setulus setia….

Alhamdulillah, rafiqah itu masih mampu membuahkan lagi hasil congak, tambah tolak dalam akal pemikirannya kepada penulisan yang tak seberapa. Meskipun dalam kesempitan masa menguruskan sebuah kehidupan dikala para sahabat ada yang beristirehat dan merasai keboringan cuti yang agak panjang, dia sempat menghabiskan masa yang seciput untuk udara menembusi epidermis2 kulit…dengan 3 buah karya yang semuanya rata2 berbaur kisah cinta. Rafiqah itu ingin bercinta lgikah?

Tidak! Bukan itu yang dicari. Namun, nilai2 islam yang ingin dipelajari dari karya2 yang terpilih itu untuk menjadi tatapan di hari muka. Dan buat pengetahuan semua, di setiap karya yang dibelek, rafiqah menemui kekhilafannya…dan semoga dia mendapat apa yang dicari.

Karya pertama- Relevankah Aku dihati dari Rynsa.

Persahabatan lama yang akhirnya membuahkan rasa cinta di antara dua hati walaupun mereka bukan dari 2 darjat yang sama. Tapi keserasian dalam matlamat hidup untuk mencari redha Illahi. Masing- masing mengharapkan setiap dari diri mereka dapat memperbaiki antara satu sama lain. Dan hakikat yang ingin rafiqah petik dr novel ini kisah seorang gadis yang dipandang rendah oleh seseorang yang pada pandangan gadis itu agak lebih dari segi ilmu agamanya. Khilafnya si gadis pada pandangan hamba Allah itu lantaran si gadis memakai tudung bawal tiga segi, bersama jeans dan raincoat(scene di jepun) dan bukanlah pada lazimnya bertudung labuh seperti yang wanita- wanita yang menjadi pilihan pemuda beriman. Si gadis sebenarnya antara sukarelawan yang terlibat dalam proses dakwah di Jepun bagi pelajar2 M’sia. Mungkin hamba Allah itu menyangka si gadis masih di takuk yang sama sejak mereka kenal di bangku sekolah dulu, sedangkan hakikatnya si gadis itu sentiasa dalam usaha untuk mengubah kehidupannya kepada yang lebey sempurna.

Rafiqah tidak ingin mengulas lanjut kisah cinta dan hidup watak2 dalam karya ini. Cuma, di sini, rafiqah tertarik kepada petikan pembuka ayat yang ditulis oleh si gadis itu buat sahabat baiknya…

Buat Carl Duke Adam yang baik,

Kehadiran dirimu bak mentari yang menyinar……..

……………..

Dari Nurul Akasyah yang manis.

Rafiqah itu meminjam kata2 pembuka tersebut dan dia mengguna pada seseorang tanpa dia sedari sebenarnya kata2 sebegitupon tidak wajar antara lelaki dan perempuan sehinggalah rafiqah itu beralih ke karya kedua…..

Setulus Setia Seindah Nama

p/s: rafiqah ingin meminta maaf kepada orang yg telah mendapat msg ini yg terdapat pembuka kata2nya sebegitu…kerana ………

I will continue after this in my coming posts..;)

No comments:

Post a Comment