pulang seminggu bersempena penutupan UTP membawa saye ke 1001 kenangan di rumah. mmg byk kenangan di rumah, zaman kecil2 sehingga besar. jatuh bangun di situ dan segalanya bermula di situ. namun bukan kenangan masa kecil utk diimbau kali ini. tp minda terimbas pada insan yg pernh wujud sebagai sahabat.
kotak keras itu masih tersimpan elok. penuh dgn mcm2 surat dan kad yg terhimpun rapi sejak hampir 5 tahun saye tinggalkan sekolah itu. sekolah yang byk ajar saye suka duka dan variasi sifat manusia yg saye terokai. menarik dan unik. kad dari adik angkat pon byk juga. maklumlah sekolah sejantina mana ade kaum adam utk diminati. juniors admire seniors. dan mungkin ade seniors admire juniors. itu cukup sinonim waktu itu. lagi2 bila berjawatan penting dan jaguh dalam akademik. sesiapa yg cukup pakej sebegini pasni byklah imbuhan dr adik2. rindu mereka dan pd senyuman yg ditinggalkan itu.
belek2 kad dan surat itu, temui dari seorang yg cukup rapat, Raja Norsyuhada. bermula dgn pertelingkahan besar namun akhirnya kpd persahabatan yg erat. sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih. itu sejarah kami. 5 tahun bukan mase yg singkat utk dilalui berseorangan. teman di sisi pemangkin kepada sebuah kejayaan, terima kasih Raja. dialah sahabat dan dialah teman. surat2 dan kad2 ucapan darinya masih mekar sbg pembakar semangat saye hingga ke saat ini. namun, kami berjauhan. dan masing2 melalui denai kehidupan yg berbeza. masing2 menemui pelbagai manusia utk dipilih sbg sahabat. dan itu adalah pilihan.
5 tahun menginjak pergi, org yg di sisi saye bukan lagi Raja. di sini, terukir lagi nama2 len utk terus dikenang dan dihargai. perkara paling penting saye ingatkan dalam diri utk tidak sama sekali membanding2kan sahabat yg dahulu ataw skrg. tidak adil utk bersikap sedemikian bg saye. pernh sorg menanyakan pd saye,
" tikah, berapa ramai bestfriend yg kau ade ni....yg tu la, yg ni la..."
saye tersenyum. mungkin bg sstgh org bestfriend tu hnya layak utk seorang shj. mungkin. dan bagi saye, sejujurnya title bestfriend itu sukar utk diberi sebgitu senang buat sesiapa.TIDAK. itu satu tegasan dr hati saye. tp itu tidak bermakna title itu layak utk seorang sahaja. setiap yg pernh menjd sahabat dalam hidup ini akan sentiasa saye kenang. kenangi mereka dgn keadaan mereka yg tak mungkin sama antara satu sama lain. ingatlah, setiap watak mempunyai perwatakan dan jalan cerita yg berbeza utk dilakonkan dan ianya tetap menyimpan kisah indah yg jua berbeza. watak kita yg tidak mungkin berubah dalam setiap situasi kerana kita adalah kita. tapi kita mampu merubah setiap yg kita miliki utk disesuaikan dgn setiap kondisi bersama sahabat yg berbeza.
sahabat yg ideal, sahabat yg sempurna dan sahabat sejati itu yg kita semua harapkan. alangkah bertuah jika setiap langkah bertemu sahabat seperti itu. itu satu impian yg sukar dilunaskan tapi tidak mustahil utk kita selitkan dalam doa, spy insan yg berada di sisi kt saat ini mampu menjdi seperti yg kita idamkan. mereka adalah insan biasa sepertimana kita sendiri. mahukan yg terbaik perlukan gandingan yg terbaik dari kita. tak mengapa. biarkan mereka sbg sahabat yang mungkin punyai kelemahan yg tersendiri dan kelebihan yg dpt dilihat itu dijadikan sbg satu tarikan utk saling melengkapi antara dia dan kita.
andai dia pernah melakukan silap, kenapa perlu sukar utk memaafkan. tiada yg sempurna melainkan watak2 rekaan di alam fantasi setiap daripada kita. mungkin sukar utk menegur tapi carilah kiasan yg terbaik spy difahami dan dpt diadun utk menghasilkan sebiji kek yg enak dimakan. cantik dilihat dan menarik perhatian ramai. asalnya dari telur ayam dari reban, gandum putih yg kosong, gula, mentega yg mana jika dinilai utk berdiri sendiri tiada apa2 makna tapi tetap laku jika dijual di kedai, lagi2 gula skrg ni.HAHAHA. dan juga jika ikan yang dilaut dan asam di darat dimasukkan dalam satu belanga, pasti dpt membuka selera sesiapa...itupon setelah mak kita masakkan lauk tu. (^_____^)
sesungguhnya, contohilah persahabatan Rasulullah SAW dan para sahabat...insyaAllah
with ♥,
sahabat....
ReplyDeletedulu bestfren
sekarang?????
haihh...
skrg pon ttg sbg bestfrend..cuma jarak dan masa yg memisahkan...(^____^)
ReplyDelete