Saturday, August 08, 2009

Bahagia pasti milikmu

hari2 yg indah tetap akan tiba setelah awan hitam yg sarat di langit berarak pergi. itulah kehidupan yg kt semua kerap katakan seperti roda. saye sudah malas menyatakan perkara yg same walaupon hakikatnye mmg seperti RODA. xkisah la roda ape, beca, basikal, motor...asalkan benda bulat dan boley berpusing 360 dgree. ada hari kt gembira dan ade hari kt menangis. berpusing2 mengikut jalan yg dilalui. andai jalan berbatu, bertambah la sakitnya. tapi tak mengapa. biarkan rase sakit itu ada. hidup yg terlalu sempurna pasti tidak menarik. pasti sugul dan membosankan. agaknye laaa kan??

kadang saye terfikir apabila saye memerhati sekeliling. mengapa ada segelintir dari kita terlalu sukar utk melepaskan, memaafkan dan merelakan sst musibah itu berlaku? atau dgn kata laen tidak redha dgn ketentuan Tuhan. mmg hadirnya petir menakutkan dan mampu membuat anak kecil menangis bersembunyi di sebalik hujung bantal busuk atau di bawah ketiak ibu yg sedang sibuk menguruskan rumah tangga. dan sesuailah dgn status anak kecil yg masih tidak mengerti ape2 utk menangis sebegitu bersama hingus dan esakan panjang. tp jika utk kita, wajarkah? tunggulah sehingga hujan lebat itu redha, kelak nanti mentari pasti akan bersinar kembali. baju di ampaian akan kering dan nelayan mampu turun ke laut seperti biasa. hadirnya kabut adakalanya membuatkan kt tertnya ke manakan hari terang yg hangat bersama mentari yg menyinar.

hakikatnya, sume itu adalah sesuatu yang hanya seketika. tapi sepeninggalannya nnti mampu merubah suasana dr normal. ombak ketika tengkujuh pasti merubahkan struktur pantai, hujan lebat yg turun antaranya menyapu pergi sang jerebu yang mencacatkan pandangan dan semuanya berlaku meninggalkan kesan. tidak banyak tapi tetap berbekas pd pandangan.

mengapa sukar utk memaafkan? mengapa sukar utk melepaskan? mengapa tidak merelakan ia terjadi. maafkanlah, lepaskanlah dan biarkan ia berlalu. usah disemai dendam kesumat utk terus menjd kahak di dasar hati. sebaliknya menilai setiap ketentuanNya dgn penuh hemat dan akal yg waras. tiada yang sia2 dan tiada yg tidak bernilai. memaafkan adalah kunci utk kebahagiaan hati, melepaskan adalah sesuatu yg lagi baik di kemudian hari dan merelakan pergi kerana ia bukan yang terbaik utk terus berada di sisi kita. bahagia pasti kunjung tiba walau bukan hari ini mungkin esok, walau bukan dgn si dia yg kt mimpikan pasti dgn insan yg lebey baik di kemudian hari. dia yg hadir hari ini hanyalah pelengkap kepada serpihan teka teki hidup, mencantikkan kenangan, dan mematangkan usia dan kedewasaan diri. musibah yg tiba usah ditangisi, tapi yakinlah utk terus bersujud kepada Dia, Si Pengcipta. redha dan tertawalah dgn segala keindahan yg diidamkan bersama hati yang putih bersih.

ingatlah kerana api yg panas kewangian kayu gaharu sampai kepada indera penciuman

with ,

6 comments:

  1. naqiah6:46 AM

    sungguh bermakna.
    i l0ike~!

    ReplyDelete
  2. aku suke tulisan ko~
    aq suke bace blog ko~
    hee~

    ReplyDelete
  3. hai kenapa ni akak saya sedih2 ni...

    ReplyDelete
  4. to che yah:
    ia bermakna buat mereka yg memahami :)

    to ♥chentaMAYA™:
    terima kasih.....reli appreciate it!~

    to Hulubalang:
    mane ade akak sedey, x de ape2 pon cume smlm mase kat umah terlintas nk tulis mcm ni..yela kenapa susah sgt nk biarkan mnde2 lps tu pergi
    (x merujuk kpd diri sendiri yerk HAHAHA)

    dan terasa byk hikmah dgn setiap perkara yg Allah berikan. Alhamdulillah (^____^)

    ReplyDelete
  5. nice! :) bykkn lg tulisan puitis mcm ni..best ah :D

    ReplyDelete
  6. insyaAllah...i wish i can~

    ReplyDelete