Pagi tadi, di kesempatan yg ada, saya merajinkan diri mengikuti Talk Palestine di Mainhall. Niat hati sebenarnye berbelah bahagi utk pergi atau tidak, sbb sy sudah terlewat. Waktu asal pkul 10 sepatutnye, tp saye ni pukul 10.45 bru terhegeh2 nk hidupkan enjin kereta. tp takpe, saye pujuk hati. Pergilah ke sana, mungkin ade Nur Allah di sana. siapa tahu ye? :)
Rezeki, saye ingatkan saye terlambat. Rupa2nya, sebaik saye smpai moderator bru nk memulakan acara. mungkin acara sblm tu diisikan dgn slide atau hal2 lain. Wallaualam. Syukur. 2 ahli panel jemputan, Pak Mustafa aka Pak Mus, ketua coordinator pasukan aktivis dr Malaysia ke Gaza dan saudari Ismah, coordinator mahasiswi Relawan utk Gaza (maaf jika sy tersilap info atau tersilap tulis). Setiap pengalaman yg dikongsi oleh Pak Mus cukup berkesan utk saye dan semua pendengar. dengar bukan sekadar dengar ye, tp take note dgn bagaimana muslihat musuh Islam itu.
Kisah Marvi Marmara, kisah penahanan mereka oleh tentera Israel, kisah perbualan Pak Mus dgn seorang sosialis Israel yg dihantar sms mereka dlm tahanan, kisah bagaimana nyawa mereka antara terus hidup atau mati syahid dan kisah bagaimana sukarelawan2 ini even dari bangsa2 asing membuang jauh kepentingan diri sendiri demi org sekeliling. Juga bagaimana tentera Israel menjadi lanun antarabangsa, seolah2 undang dunia mereka yg punya. Kejam dan penuh kekejian. Tapi, takpe..janji Allah itu benar. ayat2 Allah dalam Al-Quran itu benar. kerana iman yg membara dlm hati rakyat Palestine itulah yg membuatkan mereka tidak gentar utk terus berjuang. moga syahid dan syurga Allah milik mereka. aamin. :)
Dan ingatlah pada ketika hari org2 kafir dihadapkan ke neraka seraya dikatakan kepada mereka," Kamu telah menghabiskan rezeki yang baik utk kehidupan duniamu, dan kamu telah bersenang lenang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dgn azab yang menghinakan, kerana kamu sombong di bumi tanpa mengendahkan kebenaran, dan kerana kamu berbuat durhaka, tidak taat kepada Allah."
[Al-Ahqat:20]
No comments:
Post a Comment