yes, to be a better person...
bukan senang walaupon nk buat ayat tu senang xsmpai minit.
sekali lagi
to be a better person; that's my dream
pntai boleh berubah bila musim tengkujuh tiba..sekali bah, sekali pantai berubah
batu pon lama2 akan berlekuk jugak bila air menitis tak kira masa tanpa jemu
segalanya bergantung pd niat...
nawaitu
baiklah, itu isi pokok yg saya dpt dr forum semalam. wah, FORUM BAITUL MUSLIM. malu2, konon nk kawen. itu yg org fikirkan bila teman2 ajak pergi. saye? niat tu dtg last minute. walaupon bicara mengatakan tidak, gerak hati siapa tahu. yerp, sukar dimengertikan. dan tak perlu sesiapa utk memahami diri. cukuplah manusia berteka teki. H.A.Z.Y
Panel Ustaz Hasrizal, pengarang buku Aku Terima Nikahnya bergandingan dgn Ustz Habiburahman, penulis dan penerbit novel dan filem Ayat2 Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. saya suke bicara Ustz Hasrizal, silent reader Saifulislam.com dan mengagumi setiap butir perkataan yg dilontarkan. kdg2 tak semua org memberi nasihat kita boley terima. itu saye akui walaupon dalam sejarah islam sesiapa sahaja boley menegur walaupon org tu adalah wanita biasa atau jauh lebih rendah martabatnya dr kita. haha. sekejap. siapa kita utk menentukan martabat org tu setinggi mana? ingat, bukan pd cara die berpakaian atau pertuturannya walaupon manusia menilai manusia len menggunakan semua kayu pengukur itu. diam itu tak semestinya bisu, diam itu mungkin dia adalah seorang pemerhati yg hebat dan diam itu mungkin sebenarnya berisi. siapakah kita untuk menilai??? jd pd saya, hati mengatakan mungkin sebenanrnya panel2 pd mlm itu Allah jdkan mereka sbg medium utk kita perolehi ilmu. bahkan ade org mengatakan tentang zakat. antaranya mungkin Allah jdkan kita sebagai medium utk menolong menyampaikan rezekinya kpd hamba yang memerlukan. jd, jgn ingat kt sbg pemilik mutlak harta atau rezeki itu.
olahan yg berkesan di hati, terima kasih para ustaz. utk saya ceritakan di sini mungkin tidak mungkin tapi mampu utk merumuskan secara ringkas seringkasnya. analogi traffic light dan isteri yang hendak bersalin di rumah serta individu sorang lg yg sedang sedang sakit perut. ape keputusan kita bila isteri telefon mengatakan mahu bersalin? we should go home rite???betul. dan individu satu lgi, ape yg die fikirkan ktk sedang sakit perut itu? die perlu mencari tandas bukan? sekarang dua2 pihak punya keputusan yg tepat utk dilaksanakan. akan tetapi bila tiba di suatu simpang, tiba2 dua kereta yg dipandu ini bertembung dan terus kemalangan. akhirnya keputusan atau hajat itu tak dpt dilunaskan. jadi bagaimana???tidak semestinya ape yg kt pasti betul itu akan terlaksana krn ade faktor ketiga iaitu keadaan. dan traffic light itu memainkan peranan.
apepon, perancangan kt tak sehebat perangcangan Allah. itu yg pasti. tapi kt berhak merancang dr langsung tidak merangcang. cuma dalam perancangan itu jgn terlupa utk menyelitkan unsur2 islam spy landasan yg kt lalui itu betul. kata ustz Hasrizal, kurangkan dr mencari, tp lebihkan dari menjadi....
act, ape yg saye harapkan dr forum tu pd mula2 hati tergerak utk pergi... bukannya harap dpt bertemu jodoh awal ke ape, tp hanya satu sahaja...
"ya Allah, moga ade terselit hidayahMu dari langkahku ini... walaupon sedikit tapi itu lebih baik dari tiada langsung."
jgn harapkan diri utk berubah hanya sekelip mata, tp biarlah masa menentukan. perubahan itu berlaku tak semestinya terzahir pd mata. mungkin tak kelihatan pd sesiapa tapi martabatnya biar Allah menentukan. dan saye akan tetap dgn jeans buruk yg baggy begini. ;)
with love,
No comments:
Post a Comment