Wednesday, June 10, 2009

Cinta itu pelbagai

maaf ye mlm ni saye mengarang psl cinta lg. tp bukan cinta yg dr hati saye sbb cinta di hati ni semakin susut dan seolah2 seperti mata air yang sudah kekeringan punca nye. walau di wadi yg dikelilingi taman rumput yg menghijau..ahaha. itu hanya perumpamaan shj. hanya suka2 di sini. nway, saye mahu berpuasa dr perkataan *cinta*. usah ditanya lg krn anda pasti lebey memahami.

Cinta???ada ape dgn cinta?haha, tnya la pd mereka yg pernah bercinta pasti pelbagai koleksi jwpn yg boley dijilidkan. kalo ditanya pd yg putus cinta, haramlah jwpnnya. cinta itu manis tp ade juga pahit. opss, bag saye cinta itu masin, sprt garam.tak manis belum tiba masanye. dan tak pahit walaupon pernah terluka. tapi sekali lg diulang cinta itu masin. kenapa???
sbb cinta itu asam dan garam dlm kehidupan. cinta itu rempah ratus yg mewangikan makanan. cinta itu terlalu berharga sehingga Inggeris, Portugis dan Belanda memburunya hingga ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu. dan kerana rempah tergadainye sebuah tanah air walaupon rempah bukan penyebab utama.tp ingat kerana rempah semuanya bermula.

dan kerana cinta juga semuanya bermula.bila cinta itu dipandang positive, maka hasilnya rase yg enak dan hati yg bahagia. tp kerana maharnya sebuah cinta, dendam kesumat mendasari tangkai hati. kerana cinta, ibu dan ayah dipinggirkan. kerana cinta jua kini bukan lg air mata yg tak bernilai, darah pon dipandang sprt sungai yg bebas mengalir. manusia sanggup melakukan ape shj demi cinta.

cemburu itu terbit dari makna sebuah cinta. putusnya persaudaraan kerana cinta. matinya seorg anak adam kerana cinta yg berpenjuru. lagaknya cinta itu mampu meratahkan semua yg bernilai.cinta itu membuatkan manusia buta dan alpa.

tapi saye tidak menolak sesungguhnya cinta itu menjadi akar bg sebuah rumah tangga yg bahagia pernuh barakah. indahnye cinta jika bersulamkan kejujuran, mulianya cinta bila landasan islam yg ditongkah. tapi begitukah cinta yg kt zahirkan hari ni???
tepuk dada tnya iman.

andai cinta itu hadir, genggamlah di tapak tanganmu spy ia kekal di situ


baiklah, saye xnk tulis dlm mode yg serius lg. saye menyedari semua hakikat ini slps semuanya berlaku. siapa menduga di sebalik manisnye love story itu akan wujud jua kepahitan yg mengaburi rasa2 laen. tp, saye bersyukur sbb saye yakin jodoh dan cinta itu adalah rahsia Allah yg terindah.pasti ada....insyaAllah :)


dongaklah ke langit melalui kepulan awan cinta yg indah. tp ingat hujan mungkin turun membasahi wajahmu itu...

p/s: maaf yer bahasa terlalu puitis dan jiwang mlm ni...adei T____T

with ,

8 comments:

  1. awak ada jari yang mampu menulis dengan indah,
    sangat indah..

    ReplyDelete
  2. haha..terima kasih zaid ;)

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:31 AM

    Sebelum awak kenal cinta, awak kena kenal lelaki dulu...ini fakta dari celah2 kehidupan lalu.

    1.Kebanyakan kawan yg bercinta di IPTA tak sampai ke jinjang pelamin(sikit sangat)
    2.Rata2 lelaki, jumpa bini selepas gred atau dah berkerja(cuba selidik staff lelaki kat sini)
    3.Lelaki biasanya tak boleh di cantas egonya.Tak suka di control kehidupan harian nya.
    4.Cuba selidik, mengapa lelaki suka kpd perempuan thai dan sarawak.Apa istemewa mereka sehingga berpuluh kawan saya kawin dgn perempuan sarawak.Mereka caring, rendah diri,sanggup mempertahankan kawan lelaki w/pun salah. ramah, suka melayan menyebabkan si lelaki hanya pulang jasad saja, tetapi hati tetap masih di cheng mai.Ada kawan di Insp. ni pergi serawak sebulan s/down, balik bawak bini iban... hebat kan.
    5.lelaki tak suka melahirkan kata2 cinta w/pun dia suka pada seseorang
    6.lelaki tak suka pada perempuan yg suka jual murah2. jual terlalu mahal pun dia x suka.
    7.lelaki x suka perempuan pergi karaoke, w/pun dia sendiri minat karaoke
    8.lelaki suka perempuan baik2 buat bini w/pun dia tu jahat mcm syaitan.
    9.lelaki x suka buat bini pepuan yg senang keluar dgn org lain, w/pun sekadar makan2.
    10. Perempuan rasa tertekan bila,tak ada boyfren tapi jodoh tu di tangan Allah. Aku ramai kawan ppuan, bila kawin aku suruh org cari.. ok je bla bla bla blaaaa

    ReplyDelete
  4. terima kasih kpd anonymous...sy mahu kenal kamu.myb awk org yg dok sebelah saye atau di seberang sana..haha...

    apepon saye sgt menghargai fakta yg awk berikan.mungkin xbanyak tapi sikit boley bantu saya dan sesiapa shj di luar sana ;D

    perempuan itu unik dan lelaki pula bg satu satu misteri yg perlu diterokai...;)

    ReplyDelete
  5. eit.. saya x bace pung entry awk..
    cumer sya nk ckap.. x pernah sya ketahui bhawa kamu ni sgt pandai bermain dgn kata2

    ReplyDelete
  6. haha..afoo, saye tidak prnh terfikir utk menulis sbgini dan saye pon tidak menjangkakan akan menulis dlm bahasa sepuitis ini...hehe

    ReplyDelete
  7. Nway, perkongsian yg bermanfaat dengan bahasa yg indah.Thanks kah. :)
    Oh..banyak2 komen, komen Anonymous paling menarik perhatian aku.
    Thanks anonymous.ada banyak pengajaran yg kite boleh diambil di situ.:)
    Nway, ade sesetengah yang tercatat kat situ, bukan takat lelaki saje tak suke,Allah pun tak suke.
    Mudah-mudahan ada kesilapan yg tak terulang lagi hendaknya.

    ReplyDelete
  8. MIna, ak bukan pandai sgt menulis..ape yg tertulis itu lahir dr hati yg mungkin bg ak terlalu luhur menyatakan ape yg ingin disampaikan...

    ReplyDelete