Sepatutnya…
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat bukan sekejap, 14 jam lamanya. Pejam celik, 14 kali pejam paksa mata utk bukak dan tutup bukan senang. Alih2 tgk hutan kiri kanan takpon gelap! Malam! Perjalanan pergi (Tumpat- KL) buku pertama, ‘Men From Mars,Women From Venus’. Punyalah susah nk cari buku ni sbb sstgh book store tak jual buku mcm ni. T__T Tapi end up jumpa jugak buku ni mase beli buku psl Salahudin bin Ayubi dulu.
Buku ni Pijan suruh bace. Pijan lagi…
Aku Terima Nikahnya pon Pijan jugak suruh bace. Haha, pndai sungguh kawan saye yg sorang ni suggest buku. Apapon terima kasih daun keladi, nnt suggestkan lgi. Betol ke org laki asalnya dr Mars, pompuan lak dr Venus??? Dua planet kita berbeza rupanya kan? Sbb berbeza planet lah maka wujudnya perbezaan antara lelaki dgn perempuan yg kadang2 kita tak sedar, yang kadang2 kita hanya ignore and just take it for grant! Dan apabila kita tak faham dan dan sedar or pura2 tak sedar tentang perbezaan ini, kita suka menyalah tafsirkan banyak perkara. Kita selalu harap dia faham ape yg kita fikirkan, ape yang kita harapkan sbg seorang wanita. Tapi hakikatnya dia yg bernama lelaki itu hanya buat bodoh dan tak faham! Kita sebagai wanita mula bising2 dan marah (merepek tak tentu pasal) dan bla bla…akhirnya berlaku la angin putting beliung walaupon pd ketika itu suhu dan haba permukaan bumi tak panas utk angin panas berpusing. Semuanya kerana kita sebagai wanita tidak faham dan terlupa bahawa dia itu adalah lelaki. Kerana kau lelaki, aku perempuan!
Hakikatnya lelaki pon sama, kadang2 mereka terlupa menilai bahawa kaum yg mereka sayang, puja dan cinta itu adalah kaum Hawa. Akal dan fikiran sudah Allah SWT ciptakan tidak sama. Mana mungkin, perangai akan sama. Adam dan Hawa itu saling memerlukan tapi keterpaksaan dalam penerimaan akan membuatkan sesuatu di luar dugaan berlaku. Keterpaksaan wujud bila 2 planet disempitkan menjdi satu. Alahai adam, akalmu sembilan. Kenapa kau sempitkan dalam menilai seorang hawa kerana kesalahannya yang tak seberapa? Mungkin salahnya besar, tapi kau perlu sedar mereka itu akalnya satu. Nafsunya yang sembilan! Fahamilah keunikan mereka dgn seadanya.
Secara jujurnya apabila saye berpeluang membaca buku sebegini, saya terdetik tentang kesalahan2 yg lepas. Kesilapan dalam menilai seorang sahabat yg berlainan jantina. Memberi di saat yang tidak sepatutnya, menegah di saat yg dia perlukan sokongan, mengadili di waktu dia masih dalam persimpangan dan menyimpulkan kata2nya tanpa sempat die menoktahkan sendiri. Itulah yang dikatakan pengalaman dan pengalaman sebegitu yang pasti membuatkan kita terfikir bahawa kita ini manusia yg tak dapat lari dari kesilapan.
Dan kerana perbezaan sebegini, perlunya pengurangan dalam
SEPATUTNYA. Kisah ini saya baca dari majalah Anis pada perjalanan pulang (KL-Tumpat). Hahaha, awalnya saya tidak faham ape yg ditulis oleh Saiful Islam di sini. Apa sebenarnya yg ingin beliau ketengahkan, itu persoalan yg bermain di fikiran. Tapi, rupa-rupanya baru saya tahu, SEPATUTNYA itu adalah suatu expectation dan apabila kita meletakkan banyak jangkaan, maka jangkaan itulah yang kemudiannya merubah menjadi kekecewaan. Kita pasti meletakkan jangkaan pada sahabat, pada teman rapat, guru2 atau pada org yg kita cinta! Sedangkan jankaan itu suatu yg mampu memudarkan kilauan dirinya yg pasti mempesona hanya kerana kita rasakan kilauan darinya tidak seperti kilauan berlian yg kita idamkan.
“….Kita hidup dalam hidup dalam dunia yang penuh dengan benda yang TIDAK PATUT. Jadi berpada-padalah pada melayan SEPATUTNYA yang bnyk hinggap ke diri. Hidup memberi itu mustahil boleh dibuat-buat, sehinggalah kita percaya utk benar2 percaya, bahawa kita hanyalah hambaNya. Hamba yang tidak layak meminta2 dan meletakkan pelbagai standard atau jangkaan hidup. Fokuskan pada peranan dan syukurilah setiap yang diterima, biar sekecil mana pun ia…”
-Sailful Islam, Anis Jan2010-
'Hidup memberi itu mustahil boleh dibuat-buat, sehinggalah kita percaya utk benar2 percaya'
ReplyDeleteWhatever you do, it depends what you want to choose but remember what you choose, it may reflect who you are. Be smart
-syud