Sunday, September 23, 2007

Mencari....`



"mengharap senang dalam berjuang.... bagai merindui bulan di tgh siang...."










oh Tuhanku,

sedetik hati ini berkata...
hati ini terasa sgt sunyi,
melewati batas2 waktu yang bersisa...
mungkin ada hikmah yang tak terurai lg...
dan aku merasakan ia sunyi...
dan setiap kali dahi ini sujud menyentuh lantai marmar yg terhampar indah.
kedinginan batu itu meresap ke jiwa sehening kasih itukah yang dicari?


oh Tuhan,

jalan yang kulalui penuh ranjau,
penuh sedih,
penuh dugaan,
namun,
aku masih mampu tersenyum kerana ak tahu,
Tuhanku telah menjanjikan yg terbaik buatku...

Tuhanku,
pada Ramadhan kali ini,
hati ini kusut,
pabila menghadap pelajaran di depan mata,
Kau tenangkanlah ia,
semoga aku mampu menggapai bintang yang kucari kerna ak yakin,
sinarnya tetap ada...


pesanan buat diri...
sayer ingin berubah..memperbaiki diri utk menjd yg terbaik kepada diri sendiri. biar Ramadhan kali ini menjdi sebuah permulaan, saya tidak mahu berubah menjadi orang lain dan kerana org lain, tp saya mahu berubah kerana saya perlu ber'hijrah'...insyaAllah, smg saya berjaya..doakan saya~

p/s: kembali meneruskan FLUID....;)

Sunday, September 16, 2007

Ramadhan, seindah nama

Assalamualaikum wbt....


Pertama- tama kalinya, rafatkanlah rasa syukur buatmu Si Pencipta Yang Maha Agung,
memberikan sekali lagi kesempatan untukku bangkit dari sebuah lena itu. Merungkai sebuah mimpi yang kadang kala indah, nyata penuh fantasi.

Bangkit lagi pagi ini, menyesali sebuah kesilapan semalam yg telah terpalit pada dinding hati. Ingin ditanggalkan bersama seribu satu kesalan yang bermain- main di minda.
Oh Tuhan, ampunkanlah aku...(-_-)''

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...
4 ramadhan, 4 hari ia melewati kita...semoga hadirnya kali ini, menyusur sirna yang tak mungkin padam buat kaum muslimin muslimat sekalian. Kicauan burung menyanyikan satu irama yang entah apa maksudnya, mungkin mereka bertasbih memuji kebesaran Tuhan di kala kita ummat manusia masih leka dibuai lena..astagfirullah~

Pastinya Ramadhan kali ini membawa seribu satu keindahan untuk saya. Pada entri kali ini ditulis, mak baru sahaja menelefon, mengkhabarkan satu berita gembira...."My Big Sis in labour room! MasyaAllah, Kau selamatkan dia, satu- satunya saudara kembar yang saya ada, penguat hati di kala ia lemah."
Untukmu Kekanda, mungkin saya tidak lagi merasai bagaimana sakitnya dirimu di kala ini. Namun, ingatlah Allah sentiasa ada buatmu...doaku sentiasa mengiringimu...sepangjang masa.InsyaAllah

Ramadhan,
setiap tahun dalam hidupku datang membawa bahagia, tahun- tahun sudah. Yang telah belalu, biarkan ia pergi bersama memori yang Allah pinjamkan. Ramadhan kali ini bakal mewarnai hidup...semoga hati ini terus mampu merasai hikmahnya Bulan ini....

RAMADHAN ALKARIM....
ALLAHUAKBAR!!!!

Friday, September 14, 2007

2 Dekad Berlalu















alhamdulillah, waktu yg ku tunggu tiba jua, Allah bg kesempatan utk merasai usia yg semakin bertambah...walaupon, blog ini sayer tulis bukan pada tarikh itu, tp, saya mahukan ianya terakam dlm bait2 penulisan sebegini.

bila usia itu menjengah,
ku rasakan nafasku makin singkat,
Tuhan berikan aku hidayah,
utk melarik makna sebuah hakikat,
putaran hidup yang begitu cepat,
dan kadang-kadang aku giat.


2 dekad,
hidup yang ada sampai bila?
persimpangan mana aku berada?
bergunakah waktu lalu,
terisi dengan apa?
apa yang kubawa bersama?
kapan tiba ajalku?

2 dekad,
bukan masa yg biasa,
banyak air mata yg kualirkan,
mungkin sudah tiba ia di muara,
atau seberang selat,

terpikir aku pada pengembaraan yang bersisa,
mugkinkah air itu terus menyimbah,
pada dugaan yang Maha Hebat?
perlu aku utk terus tega
agar
perjalanan yang bersisa bisa kulangkah ke akhirnya



Terima kasih kpd sahabat2 yang mengingati ulang tahun ini, bisa membuatkan saya terharu.
Buat Nadia, terima kasih utk Kek Indulgence Secret Recipe tu...best, cool~
mampu buat saya tersenyum ;)
Ruzanna, terharu dengan nyanyian itu,
Azreen, Fikri, Izat dan Usop~~ terima kasih utk hadiah dan ingatan kalian
Rabani, kite wat result experiment EMt ya lgi....
Syafiq Latif, terima ksh tnda ingatan walaupon 3 tahun berlalu, moga dirimu dlm rahmat Ilahi selalu. aamin
dan Big Sis,
hadiah teristimewa, telekung bersulam indah(koko+krim)my feveret kaler, mungkin Ramadhan ini,
akan saya guna untuk ke masjid ;)
dan kotak kaler pink tu+birthday card yg ader kucing comey+choclate...so sweet dear~

May Allah bless u FOREVER.....



Tuesday, September 04, 2007

kegagalan...sebuah perjuangan

sayer baru abis test...FLUID
satu hari kepala saya pusing sbb xdpt nk pk dgn betul, myb sbb byk sgt perkara nak wat dlm satu masa.
2 asgmnt kena submit, viva utk experimnt yg perlu dibaca, test yg perlu dijawab....
sgt penat...
nak kater saya seorang yg stdy last minute, rasanye tak kot ;)
ntah la, sem ni agak buzy+hectic+pack!!!!
subject plak agak killer. "ya Allah, bantulah ak mnghadapinyer"

air mata br sahaja kering.air mata sebuah kegagalan yg awal. mugkin bg org len, OK jek.simple jek. bukan x ley jawab...cumer part tu jek yg prob~
tp, bg saya, once saya dah stop kat situ, kompen balik bilik pasni pasti ader yg akan 'berhujan'
dgn kata lain, itulah erti air mata dalam hidup...
menangis jika kecewa dgn kelemahan diri, sbb x dpt nak jwab sln yg senang!
i'm behave like a 6 yrs old girl, sedangkan dlm beberapa hari lg, 20 tahun bakal menjelma!!!;)
owh....*sigh~~

kegagalan, itulah erti sebuah perjuangan. mmg kadang kala kita di atas, dan akan tiba waktu kita merasa ditindas.adillah hidup yg Allah ciptakan. ada manusia dianugerahkan kecantikan paras rupa, dan ada yg dikurniakan akal yg bijak dan hebat, dan sebenarnya semua tu Allah telah tetapkan.
org seperti saya, mmg memenatkan.semua perkara mesti dia yg juara, mengapalh begini???
masih ingat, zaman sekolah dl, ape2 sahaja pertandingan yg saya ikuti, mest pulang dgn hadiah.itu seolah2 satu kewajiban. mak dan ayah sedia maklum...
begitulah kerasnya anak bongsu ini..lagi keras dr batu agaknya!
dan sebenarnya, di sebabkan sebuah kegagalan utk stdy di UK, saya belot dr sebuah cita2 murni sejak kecil...
DOKTOR. tawaran dr india saya pandang sepi, seolah2 tidak membawa erti langsung. bogkaknyer diri ini di saat itu...astagfirullah~
dan disinilah saya bertapak- MECHANICAL ENG. STUDENT, UTP

kegagalan tidak pernah berakhir, dan sebenarnye, dr kegagalanlah sayer terus bangkit dan berjuang.
sudah banyak air mata yg gugur...kerana pelajaran. dan alhamdulillah, byk juga kejayaan dicapai.
kedudukan hari ini bukan yg layak bg saya, lantaran menyebabkan saya lalai & alpa dgn diri sendiri!!!
mungkin kegagalan hari ini, adalh ujian Allah. mampukah saya mengdapainya????

wahai hati, jgn la dikau berpurus asa dr rahmat IIahi, terukan perjuangan ini...;)

Saturday, September 01, 2007

Jangan Berputus asa dari Rahmat Allah....

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yg baik dan perbuatan yg jahat. Tolaklah (kejahatan yg ditujukan kpdmu) dgn cara yg lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka org yg menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dgn serta merta akan menjadi seolah- olah seorang sahabat karib."(Q.S Fusshilat: 34)

walaupun kehidupan sekarang smakin mencabar, menguji kesabaran, dan yg pasti setiap hari saya terpaka berdepan dgn pelajaran yg agak mencabar daya pemikiran...langkah ini perlu diteruskan...tidak mampu berlari, merangkak pon tidak mengapa, asal tidak terus kaku dan hanya melihat org lain berlari melintasi kita.

kata mak" kejayaan bukan senang utk dicapai, tp yg pasti apabila kita berjaya kelak, hasilnya sgt manis...dan pasti setiap pengorbanan yg kita lakukan ini menjadi satu kenangan"

namun, hati saya terdetik, kenapa dan mengapa pasti ada yg tak kena??? kenapa ader org yg tidak menyenangi kita? bukan kita kacau hidup mrk pon. kenapa ya wujudnya segelintir manusia sebegini? kadangkala ingin sahaja saya menangis, tp sebenanyer menangis itu bukan jalan penyelesaian yg terbaik.=)
tp, bila saya fikir dgn logik akalnya, sebenarnya; mende2 sebeginilah yg menjd trigger utk saya memacu usaha...kalau ia tidak berlaku, saya x mungkin berada di tahap ini.
itulah, sesungguhnya Allah MAha Pengasih...di saat org lain membuang kita jauh dr hidup mrk, Allah tetap ada di sisi!!!

"Jangan lah kamu hiraukan gangguan mrk dan bertawakkallah kepada Allah, Dan cukuplah Allah sbg Pelindung."(Q.S, al-Ahzab : 48)

wahai hati,
teruskanlah mengingati Penciptamu....spy engkau tidak leka dan lalai~